Aris Pazilah Harun sebagai Guru Cemerlang Geografi
di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
"Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menabur bakti mendidik anak bangsa tanpa mengira siapa menuju kecemerlangan dunia dan akhirat"
Latar belakang Aris Pazilah
![]() |
| Gambar 1: Cikgu Aris Pazilah sebagai Guru Cemerlang Geografi. |
(Sumber: Orang sumber)
Cikgu
Aris Pazilah telah dilahirkan pada tahun 1970 dan merupakan anak kelahiran
Kelantan. Beliau telah dilahirkan di Kampung Stol Bukit Jawa, Selising Pasir Puteh,
Kelantan. Cikgu Aris Pazilah telah mendirikan rumah tangga dengan dengan
isterinya Nor Azizah Binti Md Nordin yang merupakan guru cemerlang Fizik di
sekolah Menengah Kebangsaan Kemumin. Pasangan ini turut dikurniakan empat orang
cahaya mata, iaitu dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Latar belakang pendidikan
tokoh
Cikgu Aris Pazilah telah memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa di Pasir Puteh dari tahun 1977 hingga 1989. Beliau kemudiannya menyambung tingkatan satu hingga tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran untuk meneruskan pendidikan di Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda (BA HONS) pada tahun 1990 hingga 1993 di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan tahun seterusnya hingga 1995, beliau telah melanjutkan pelajaran di universiti yang sama dalam Diploma Pendidikan. Setelah tamatnya pengajian dalam diploma pendidikan, beliau meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan (MSc Ed Mgt) di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia. Oleh itu, pencapaian dalam bidang yang diambil membolehkan beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai pendidik.
Sumbangan dan
Pengiktirafan terhadap tokoh.
![]() |
| Gambar 2: Ikon Guru Kesukarelawan Peringkat Negeri 2022/2023 (Sumber: Orang sumber) |
Cikgu
Aris Pazilah merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang panjang
iaitu selama 29 tahun. Pada awalnya, beliau telah ditempatkan di Sekolah Menengah
Sains Machang dari tahun 1995 hingga
tahun 2006. Kemudiannya, beliau telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Sains
Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) dan berkhidmat dari tahun 2006 hingga kini. Mata pelajaran Geografi merupakan subjek
utama yang diajar oleh beliau di sekolah. Jadi, sepanjang tempoh mengajar di
sekolah ini beliau telah menyumbang jasa dan kejayaan kepada sekolah serta
masyarakat sekeliling sehingga diiktiraf sebagai Guru Cemerlang Geografi. Hal
ini dapat dilihat menerusi penglibatannya dalam pelbagai program sama ada
subjek Geografi mahupun program kemasyarakatan.
Antara sumbangan beliau sebagai guru adalah dalam subjek Geografi dan aktiviti kurikulum di sekolah. Dalam mata pelajaran Geografi, beliau telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Geografi. Menurut perkongsian Cikgu Aris Pazilah, beliau telah mengadakan kajian tindakan terhadap murid-muridnya. Menerusi kajian tersebut, beliau kemudiannya melaksanakan kepelbagaian kaedah pedagogi pengajaran. Misalnya pada tahun 2020 iaitu ketika berlakunya penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran murid. Jadi, beliau sebagai guru meminta murid-muridnya untuk merakam video pembentangan berdasarkan topik yang diberikan mengikut kreativiti mereka. Menerusi kaedah ini, beliau dapat meningkatkan pemahaman murid di samping meningkatkan kreativiti murid menggunakan aplikasi digital dalam dunia teknologi yang diaplikasikan dalam aktiviti pembelajaran. Hasil kerja murid tersebut kemudiannya disusun dan dimuat naik di platform Youtube milik beliau. Justeru, kaedah yang digunakan ini meningkatkan minat murid dalam belajar kerana terdapat pembaharuan dalam kaedah pengajaran serta hasil kerja murid dihargai dengan sebaiknya. Berikutan itu, beliau juga melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD). Misalnya, beliau yang bergerak melalui persatuan Geografi telah membawa murid seramai 30 orang menginap di homestay di Kuala Selangor. Sepanjang berada di kawasan tersebut, beliau bersama murid-murid telah melakukan beberapa aktiviti yang menarik. Misalnya, aktiviti mencanting batik, menangkap ikan dan pergi ke sawah padi. Menerusi aktiviti ini, guru dapat meningkatkan pemahaman murid melalui penerapan pembelajaran Geografi dalam dunia nyata. Hal ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan di luar kebiasaan murid. Perkara ini turut disokong oleh Kalpana Mohan et al (2024), PLBD suatu kaedah pengajaran yang efektif kerana murid membina pengalaman dan penghayatan di luar konteks sekolah. Namun, kaedah ini kurang dilaksanakan oleh guru walaupun sudah diperkenalkan sejak dahulu. Oleh itu, sumbangan Cikgu Aris Pazilah ini sangat berkesan dalam pembelajaran murid serta mampu menjadi inspirasi kepada guru yang lain.
![]() |
| Gambar 3: Keratan akhbar kejayaan SMS Machang dalam sukan ragbi. (Sumber: Orang sumber) |
Seterusnya dalam kokurikulum pula, beliau
telah melibatkan diri dalam sukan ragbi. Hal ini berikutan kerana pada tahun
1995, pengetua sekolah Menengah Sains Machang telah mengamanahkan beliau untuk
menjaga pasukan ragbi. Walau bagaimanapun, ketika itu beliau tidak memiliki pengalaman
dalam permainan ragbi bahkan beliau tidak pernah menyentuh bola ragbi. Namun, keadaan
tersebut tidak menghalang beliau daripada melaksanakan tanggungjawab beliau. Oleh
sebab itu, beliau tetap membawa pasukan Ragbi Sekolah Menengah Sains Machang ke
pertandingan antarabangsa di Selangor. Daripada pertandingan tersebut, beliau melakukan
analisis terhadap kekuatan dan kelemahan pasukan Ragbi Sekolah Menengah Sains
Machang. Melalui dapatan analisis tersebut, beliau kemudiannya melaksanakan kertas
kerja untuk memperolehi juara dalam pertandingan Ragbi yang seterusnya. Pada
akhirnya, usaha tidak mengkhianati hasil apabila beliau berjaya mencapai keinginannya
walaupun mengambil masa tiga hingga empat tahun. Salah satu kejayaan beliau
dalam ragbi adalah sewaktu menjadi jurulatih pasukan ragbi SMSTMFP ke Kejohanan
Ragbi SBP Kebangsaan bawah 14, tahun 2022.
Berikutan itu, beliau juga terlibat dalam persatuan Geografi. Disebabkan persatuan Geografi ini menggalakkan ahlinya untuk sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti di bawah persatuan. Jadi, Cikgu Aris Pazilah sebagai guru Geografi dan pengerusi Guru Cemerlang Kelantan berinisiatif menjalankan aktiviti bersama murid ke program antarabangsa. Antara contoh program antarabangsa yang diselaraskan oleh beliau adalah Program Pengantarabangsaan Pendidikan dan Kesihatan di Indonesia pada tahun 2018. Dalam program ini, beliau telah melihat sendiri sukatan pelajaran, cara pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan guru di dalam kelas bagi subjek Geografi di Indonesia. Dalam program tersebut, beliau telah diberikan satu buku bagi setiap tingkatan iaitu tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga. Menerusi program ini, beliau dapat berkongsi dengan guru-guru di Indonesia berkaitan dengan subjek Geografi di Malaysia, begitu juga sebaliknya. Bukan itu sahaja, beliau turut menjadi penyelaras bagi Program Pengantarabangsaan Pendidikan dan Kesihatan di Pattani, Thailand (2019), Indonesia (2018), Kemboja (2015), Banda Acheh, Indonesia (2013), Pulau Karimun, Indonesia (2012), Kemboja (2011) dan Beijing, China (2009). Bukan itu sahaja, Cikgu Aris Pazilah turut memperolehi pencapaian dalam beberapa program dan jawatankuasa lain.
Senarai pencapaian personal:
- Ikon Guru Kesukarelawan Peringkat Negeri 2022/2023
- Guru Adiwira Daerah Kota Bharu 2019
- Anugerah Guru Terbilang SBP 2018
- Pencalonan Anugerah Maha Chakri Negeri Kelantan Peringkat Kebangsaan 2018
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004, 2008 dan 2014
- KPI MP Geografi 2022-2023
- Ketua Pentaksir Kebangsaan Geografi PT3 (2014-2019)
- Jurulatih Utama Kebangsaan KSSM 2016-2018
- Penyumbang bahan pengajaran berbentuk video USTP Kota Bharu, SSTP Kelantan (2020/2021)
- Jurulatih Utama Kebangsaan Geografi Peringkat Negeri dan PPD.
- Anugerah Pegawai Lelaki Terbaik Sempena Perkhemahan Perkhemahan dan Pentaulihan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SBP Peringkat Kebangsaan
- Pentaulihan Pangkat Pegawai Remaja Sekolah: Anugerah Pangkat KAPTEN
- YDP Majlis Guru Cemerlang Malaysia (2023/2024)
- YDP Muafakat Guru Cemerlang
Senarai pencapaian dalam perkhidmatan:
- Penyelaras Program Khidmat Bantu SGE Faris-SBP Zon Timur 2021-2023.
- Penyelaras Program Kolaboratif SMSTMFP dengan SK. Sungai Rual, Jeli, 2022
- Pembentang Kajian Tindakan Seminar Transformasi Profesionalisme: Evolusi Industri 4.0 dan Persidangan Majlis Guru Cemerlang (2019)
- Fasilitator bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Asrama Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2019.
- Penyelaras Program Pengantarabangsaan Pendidikan dan Kesihatan di Pattani, Thailand (2019), Indonesia (2018), Kemboja (2015), Banda Acheh, Indonesia (2013), Pulau Karimun, Indonesia (2012), Kemboja (2011) dan Beijing, China (2010).
- Penceramah Geografi dan Kem Kecemerlangan Pendidikan SMSTMFP dengan Sekolah Kebangsaan Orang Asli dan Sekolah Kebangsaan.
- Pusat Pengajian Islam Darul Kautsar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis
- Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
- Sekolah Menengah Sains Machang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol
- Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghafar (1)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kemumin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2
- Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi
- Sekolah Kebangsaan Kuala Beris
- Sekolah Kebangsaan Sri Permai
- Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya
- Sekolah Kebangsaan Beris
Sumbangan Luar:
- Pengerusi Belia dan Kemasyarakatan Masjid Mukim Pauh Panji
- Juruaudit Masjid Mukim Pauh Panji
- Setiausaha JKKK Taman Sentosa/Restu/Belukar
- AJK Persatuan Ragbi Kelantan
- Panel Penceramah Pemadam Kebangsaan
- Sukarelawan PERTIWI.
Keistimewaan menjadi Guru Cemerlang
Guru
Cemerlang ini sebenarnya memiliki keistimewaan yang berbeza berbanding guru
biasa. Hal ini demikian kerana Guru Cemerlang memperolehi kenaikan pangkat atau
gred yang pantas. Kenaikan berlaku secara pantas disebabkan skim Guru Cemerlang
yang menyediakan laluan fast track yang sejajar dengan kepakaran dan
kompetensi diri pendidik yang tinggi. Hal ini dapat dilihat menerusi kenaikan gred
yang dicapai oleh responden iaitu Cikgu Aris Pazilah yang memperolehi gred DG52
dalam jangka masa empat tahun berbanding tempoh yang sepatutnya iaitu enam
tahun. Keadaan tersebut memberikan keuntungan kepada Guru Cemerlang kerana
tempoh masa kenaikan pangkat dapat disingkatkan. Seterusnya dari sudut kenaikan
gaji pendidik. Hal ini kerana kenaikan pangkat secara tidak langsung menyumbang
kepada peningkatan jumlah gaji.
Selain
itu, individu yang memiliki gelaran Guru Cemerlang ini lebih mendapat
kepercayaan daripada orang sekeliling. Hal ini disebabkan mutu hasil kerja yang
berkualiti sehingga layak diterima dan diangkat menjadi Guru Cemerlang. Gelaran
ini juga tidak diberikan oleh KPM secara sembarangan kepada guru yang tidak memenuhi
kriteria yang ditetapkan. Jelaslah bahawa, keistimewaan yang diperolehi oleh Guru Cemerlang
ini setara dengan kualiti kerja dan peribadi yang ditonjolkan dan kesitimewaan
ini turut memabntu dalam meningkatkan motivasi guru lain untuk bekerja.
Ciri-ciri Guru Cemerlang
Secara
umumnya, Guru Cemerlang sering dikaitkan dengan ciri-ciri keperibadian dan
sahsiah yang unggul. Begitu juga dengan pandangan Cikgu Aris Pazilah yang
menyatakan ciri-ciri peribadi Guru Cemerlang adalah keikhlasan dalam bekerja
yang selari dengan keperibadian unggul seorang pendidik. Konsep ikhlas yang
dimaksudkan adalah melaksanakan pekerjaan kerana tuhan iaitu Allah S.W.T dan
tidak bekerja untuk mendapatkan duit semata-mata. Melalui sikap ini, pendidik
khususnya akan dapat merasai keseronokan mengajar walaupun dihimpit dengan perasaan
penat disebabkan oleh tugasan yang berat dan di luar kemampuan, waktu yang singkat
serta beban kerja yang semakin hari semakin meningkat. Misalnya, menurut
responden beliau tetap menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengetua
untuk membawa pasukan Ragbi ke pertandingan Ragbi walaupun beliau tidak
memiliki kemahiran langsung dalam permainan tersebut. Namun berkat keikhlasan sebagai
guru dan usaha berterusan menerusi Projek Kami Juara membolehkan pasukan yang
dipimpin oleh beliau meraih johan dalam pertandingan tersebut. Situasi ini
memperlihatkan bahawa keikhlasan dalam pekerjaan mampu meningkatkan kemajuan dan
kepakaran dalam sesuatu kerja yang digarap.





.jpeg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment